Wednesday, May 19, 2010

... Contest Cuti-Cuti di Cherating...


 ..Contest Cuti-Cuti di Cherating..

Salam semua...
Tgh jalan2 kat blog MG nampak ade contest nie...Contest ni lain dr yg lain la...so saje nk try test buat contest ni...mengarang sebuah karangan...wah mcm dh lame je tinggalkan keje2 mengarang2 nie...zaman sekolah2 ade la...huhu...k, la nak try jugak...contest anjuran Yusra tours & Travel (YTT)...
Dateline 19 Mei 2010 jam 11.45 mlm...



Ok salah 1 syarat nye disuruh pilih nak buat tajuk yg mane...dan aku memilih tajuk
(B) "Percutian Impianku di Cherating.."

Ini kerana memang aku n hubby tgh merancang nk g cherating hujung bulan nie...nak g bercuti bersama anak tersayang...tapi setakat nie yg buat sedih nye 3, 4 hotel n resort yg di call semua nye fully book termasuk la Impiana resort...huhu...alangkah BEST nye klu dpt hadiah nie...

Hadiah nye sgt menarik dan tertarik...

K la, ni karangan Impian aku untuk bercuti di Cherating yer...menang atau tidak tak kesah la...klu ade rezeki Syukur Alhamdulillah...

           Cuti memang menjadi Impian setiap orang. Tatkala penat dan lelah pulang dari bekerja seharian, perkataan cuti yang selalu bermain di kotak fikiran. Tapi demi mencari pendapatan untuk menampung kehidupan selalunya Cuti di abaikan melainkan hal-hal kecemasan. Jadi, apabila mendapat peluang untuk bercuti seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin. Dan aku tidak ketinggalan, suka apabila dapat bercuti untuk menghilangkan ketegangan dan hiruk pikuk di kota dan mendapat ketenangan di luar kota.

            Salah satu tempat yang ingin aku dan suami ingin membawa anak bercuti adalah di Cherating.  Disini di coretkan serba sedikit tentang cherating, yang diambil melalui carian goggle, ini kerana jika kita tahu serba sedikit  tempat di tuju mudah untuk kita bergerak nanti. Cherating merupakan sebuah bandar pantai terkenal di negeri Pahang, Malaysia. Pantai yang menghadap Laut China Selatan ini terletak kira-kira 50 km (45 minit perjalanan) dari Kuantan. Pantai Cherating merupakan tempat perkelahan yang popular dan juga merupakan tapak Resort Club Med yang terkenal dan juga merupakan yang pertama di Asia. Pantai Cherating terletak berhampiran bandar Chukai, Terenguk kita ganu, Malaysia, merupakan tempat perkelahan yang popular. Cherating telah diperkembangkan dari sebuah pekan kecil kepada sebuah pantai yang terkenal dan kegemaran pelancong. Kemudahan restoran, pokok kelapa yang berbuai-buai, pantai, laut yang luas lagi menghijau dapat diperolehi di sini. Kelab Mediterranean yang pertama di Asia juga terletak berhampiran dari sini.

             Dan pastinya aku mengidamkan sebuah percutian yang amat indah bersama keluarga ku.Andai dulu sewaktu aru berkahwin aku dan suami tidak bekesempatan untuk berbulan madu kerana dianugerahkan rezeki, lalu keputusan dibuat supaya percutian ditangguhkan demi menjaga zuriat yang dikandung. Dan sekarang percutian dirancang semula dengan kehadiran anak yang tersayang.

              Dan aku mengharapkan percutian ini akan menjadi kenangan terindah untuk aku dan suami serta anak kecil kami. Kami sekeluarga dapat menenangkan fikiran, hati dan jiwa. Apabila terjaga di pagi hari, sambil tersenyum, terdengar kicauan burung yang bebas berterbangan, berjalan di tepian pantai sambil dihempas pukulan ombak di kaki, duduk sambil di hembus angin petang, mendengar riuh suara kanak-kanak gembira bermain air dan pasir, melihat keletah orang ramai yang melayan perasaan dan menghabiskan masa masing-masing, dan yang pastinya dapat melihat jutaan bintang di langit tatkala malam melabuhkan tirainya. Dan pastinya ketenangan yang akan kurasakan.Ya, itu yang paling ku rindukan. Kerana zaman di kolej, sebelum tidur aku akan memerhatikan bintang dilangit terlebih dulu dan mengira dan akhirnya aku tersenyum sendiri. tapi di ibu kota bintang tak banyak yang muncul tapi kalau di kampung atau tempat yg tak banyak sinaran lampu bintang akan banyak kelihatan.

               Oleh itu, andai nye rezeki ku ada, pastinya aku akan menikmati semuanya keindahan alam ini. Dan jika tiada pun aku dan suami tetap akan mencari ruang dan sumber supaya kami dapat bercuti bersama sama keluarga. Dan melupakan sejenak kehidupan di kota tempat kami mencari rezeki...Sekian...

Haaa...ok tu je la...ta taaaa...

2 comments:

yusratravel said...

salam Liessa,

Terjah link yg paling last..moge berjaya..Tggu result same2..

Liessa said...

hehe...ok tq yer..