Thursday, July 08, 2010

...Special Giveaway kakyong[dot]com©...

Salam...nak join Giveaway dr kak yong...kak yong seniri yang invite...hehe...suka nyer...k lah, klu ada sesiapa yang nak join meh klik SINI yer... & kak yong ade ckit info dlm n3 nie...jgn mrh yer...tuk tatapan kita bersama...hehe...

Dateline 14 Julai 2010 nie...moga2 ade rezeki...


 

k la, nak cuba try test...tak lah pandai, tapi saje nak bg idea...hehe...dan yang pasti Mainan ni tak la mahal maner kan...Kompem bawah RM50.00 & ada dimana2 kedai mainan kak yong...n kat tesco pun ader...so cadangan hadiah nye adalah...

1.  Permainan Blok... - untuk info lebih lanjut yang berkaitan pemainan blok ni, boleh klik SINI...erm siap cr info sampingan nie...hehe...

pice taken from internet...

Sebab2 nyer...   
 
Permainan blok merupakan satu permainan yang baik untuk perkembangan kanak-kanak di semua peringkat dan tahap umur dari bayi hingga ke peringkat kanak-kanak sekolah. Permainan blok banyak membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik asal kan ibubapa mengambil bahagian, memahami serta membeli peluang dan galakan kepada anak-anak mereka.

Blok yang didatangkan dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna dapat dimanipulasikan oleh kanak-kanak dan ibubapa bagi merangsang minda dan pembelajaran dari usia anak seawal peringkat bayi hingga ke tahap persekolahan. Permainan yang juga begitu fleksibel ini membantu mengembangkan daya imiginasi kanak-kanak apabila mereka dengan mudah dapat mempelbagaikan cara-cara bermain. Mereka bukan setakat belajar membina, malah kanak-kanak akan memahami konsep keseimbangan, konsep matematik, belajar mencipta sesuatu, belajar menyelesaikan masalah dan sebagainya.

teringat masa kecik2 dulu aku ngan adik beradik mmg suka main mende ni...ape ntah name mainan nie...lupa lah...bile jatuh berderai seme menjerit...hehe... lagi pun bila main bersama family boleh mengeratkan lagi hubungan dlm family...

2. Buku @ yang berbentuk pendidikan...

pice taken from internet...

Sebab2 nyer...    

sebab nyer dr sini ibubapa boleh memupuk minat anak untuk membaca, belajar dan mengenal sesutu yang asas...lagipun bila nak hantar taska nnt tak lah anak2 takut & dah ada sedikit ilmu yang ibu bapa terapkan...anak nnt mesti lagi cepat blajar...hehe...


N last Sedikit Info buat kak yong & juga kawan2 yang lain...dan untuk aku sendiri jugak...

INFO: Panduan memilih mainan terbaik untuk anak - diambil dr internet...tapi link lupa nak amik...Sorry yer...

Lazimnya kebanyakan ibu bapa turut beranggapan mainan paling baik ialah mainan yang kompleks.

Hakikatnya, tanggapan itu tidak benar. Mainan yang asas dan ringkas walaupun dihasilkan daripada bahan terbuang serta tanpa perlu mengeluarkan sesen pun dapat membantu merangsang perkembangan kanak-kanak. Malah, jika direka bentuk dengan baik dapat memberikan anak rangsangan ke arah penerokaan dan penemuan benda baru dan pembelajaran kemahiran baru. Lebih-lebih lagi jika mainan itu disukai anak.

Mengenai pilihan mainan yang sesuai mengikut jantina, katanya secara umum tiada perbezaan mainan untuk kanak-kanak bawah empat tahun. Bagaimanapun, biasanya apabila anak mencapai usia dua tahun, secara semula jadi sudah ada kecenderungan untuk si kecil memilih mainan kesukaannya mengikut jantina.

“Jika anak lelaki anda baru berusia empat tahun dan suka bermain dengan anak patung usahlah terlalu bimbang, sebaliknya biarkan saja dia bermain mainan yang disukai itu. Tetapi ingatlah sebab itu pengawasan atau kehadiran ibu bapa penting ketika anak bermain. Dengan melayan dan menemani anak bermain anda dapat melihat tahap perkembangannya, di samping memberikan penerangan kepada anak,” katanya.

# Kesesuaian umur - Mainan yang diberikan mestilah menyeronokkan dan tidak membosankan. Untuk itu anda perlu memilih permainan yang sesuai dengan usia anak dan dapat membantu merangsang perkembangan minda dan fizikal mengikut pada tahap sewajarnya.

# Keselamatan - Pastikan anda memberi permainan yang selamat dan menyeronokkan untuk anak anda serta bukannya senjata yang boleh mendatangkan bahaya. Oleh itu, ketika membeli permainan, anda hendaklah memeriksa kerosakan reka bentuk mainan itu dan sentiasa perlu memeriksanya dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada kerosakan pada permainan itu. Misalnya, periksa bahagian permainan itu sama ada boleh tercabut dengan mudah atau sebaliknya. Adakah bahan digunakan itu mudah terbakar dan pastikan permainan itu menepati piawaian keselamatan kanak-kanak dan diperbuat daripada bahan material yang memberi kesan pada kesihatan seperti ada toksin dan sebagainya.

# Kesediaan untuk menerima - Reaksi anak anda paling utama dalam menilai sama ada anda sudah memilih mainan yang terbaik atau tidak. Oleh itu, jangan paksa anak, sebaliknya berikan kebebasan kepadanya memilih mainan yang disukainya. Membiarkan anak memilih permainannya sendiri juga memberikannya berbagai pengalaman yang menarik terhadap rasa ingin tahu.

# Pengawasan - Sesekali mungkin boleh membiarkan anak bersendirian dan leka bermain dengan permainan diberikan, manakala anda pula bolehlah menguruskan kerja sendiri. Tetapi sebaik-baiknya anda perlu rajin melayani anak ketika dia bermain supaya dapat mengetahui tahap perkembangannya dan membantu meningkatkan kemampuan fizikal, emosi, dan kognitif anak.

Kajian terhadap bayi menunjukkan, perkembangan fizikal adalah 50 peratus penting pada umur lahir hinggalah mencapai dua setengah tahun

Apa yang anda harus tahu:

# Anda tidak perlu membeli permainan pendidikan terbaru di pasaran kerana mana-mana permainan yang disukainya itulah yang memberi pendidikan kepadanya. Kanak-kanak adalah pelajar semula jadi dan apa saja yang diminatinya akan mengajarnya sesuatu.

# Selain menyenangkan, tentu saja mainan yang anda pilih juga harus memiliki unsur pendidikan. Sia-sia saja anda membeli mainan dengan harga mahal, tapi tidak ada manfaatnya untuk perkembangan anak.

# Jantina biasanya digunakan sebagai faktor untuk memilih mainan. Tetapi sebenarnya itu tidak mutlak. Jangan selalu menganggap bahawa anda tahu apa yang diinginkan anak. Terdapat kanak-kanak perempuan yang suka bermain dengan boneka, tetapi ada juga memilih bermain dengan robot atau kereta seperti kanak-kanak lelaki.

# Komunikasi dengan anak anda mengenai mainan barunya. Kalau perlu, beritahu juga nilai harga mainan itu supaya anak boleh menghargainya dan akan menggalakkannya menjaga dengan baik.

# Barangan terpakai yang dikitar semula atau barang-barang kegunaan di rumah boleh juga dijadikan permainan menyeronokkan dan selamat. Jika anda tiada kemampuan membeli mainan anda, fikirlah cara kreatif untuk menghasilkan sendiri mainan untuk anda menggunakan bahan-bahan seperti itu.

1 comment:

kakyong said...

liessa,
terima kasih atas cadangan..
tunggu ya pemilihannya nanti..