About

Pengedar sah Produk Ana Edar Sdn Bhd.

Sedikit Info berkaitan Syarikat dan Produk Qaseh.
 
Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang halal, selamat dan bermutu.

Ana Edar Sdn. Bhd. mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, serta menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, serta memperkasakan pengedaran produk Muslim yang bermutu, halal dan selamat di bawah jenama ANA. 

Pelbagai usaha giat dijalankan seja dahulu lagi bagi menjamin kualiti produk keluaran Ana Edar Sdn. Bhd. Antara kejayaan yang telah berjaya dikecapi ialah pengiktirafan Halal daripada JAKIM dan juga pengiktirafan IMP yang membuktikan proses penghasilan produk Ana Edar adalah Halalan Toyyiba, Alhamdulillah.

Qaseh Gold ialah formulasi makanan sunnah unggul dan herba terpilih untuk membantu meningkatkan tenaga fizikal, minda dan emosi serta menjana kesihatan dan menyerlahkan kecantikan semulajadi.

QASEH GOLD adalah minuman kesihatan yang berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah. Qaseh Gold mengandungi 7 makanan sunnah terpilih iaitu KURMA, MADU, HABBATUS'SAUDA, BUAH TIIN, DELIMA DAN AIR ZAM ZAM. Qaseh Gold juga diperkaya dengan kehebatan GAM ARAB (MANNA) sebagai pre-biotik semulajadi dan juga Herba Tradisi seperti Za'faran, Gingko dan Sireh.  

QASEH Gold Juga diadun dengan bacaan Al-Quran, doa2 dan Zikir sebagai penawar Rohani. Qaseh Gold mendapat Pengikhtirafan IMP.
“Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami hasanah di dunia, dan hasanah di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka…” Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga sekelumit usaha yang sama-sama kita bangunkan dan usahakan mendapat keberkatan daripada Allah Taala.

No comments: